- Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk.
- Terdapat tiga jenis iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.
- Perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama tara seperti atau, sambil, dan, serta dan lalu.
Contoh:
Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok
Sebagai contoh,video untuk tontonan anda..
Sebagai contoh,video untuk tontonan anda..
i)Kata hubung pancangan relatif
Perkataan ‘yang’
-menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil.
-menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil.
Contoh:
Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.
ii)Kata Hubung Pancangan Komplemen
Perkataan ‘bahawa’ dan ‘untuk’
Menghubungkan klausa pelengkap kepada satu klausa utama.
Contoh:
Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.
iii)Kata Hubung Pancangan Keterangan
Menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan.
Semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, tatkala
Contoh:
Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.
Sebagai contoh, video untuk tontonan anda..
Kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
Contoh:
baik…mahupun | kian…kian |
entah…entah | sedangkan…inikan pula |
bukan sahaja…bahkan juga | sungguhpun…namun |
makin…makin | bukan sahaja…tetapi juga |
sungguhpun…tetapi | sama ada…atau |
bagaimana…begitulah | daripada…lebih baik |
jangankan…pun | semakin…semakin |
i) Kata hubung berpasangan ‘baik…mahupun’.
*menyatakan maksud sama sahaja.
Ayat contoh:
1. Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak Ali
terpaksa turun ke laut juga baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan laut bergelora
ii)Kata hubung berpasangan ‘bukan sahaja…bahkan juga’.
*menyatakan maksud serta atau di samping itu juga.
Ayat contoh:
1. Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan juga berbudi bahasa.
iii)Kata hubung berpasangan ‘daripada…lebih baik’.
*Digunakan untuk menunjukkan pertentangan maklumat.
Ayat contoh:
1.Daripada membazir wang lebih baik saya menabung.
Sebagai contoh, video untuk tontonan anda..