Kata Hubung


  • Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk.
  •  
  • Terdapat tiga jenis iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.





- Perkataan yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama tara seperti atau, sambil, dan, serta dan lalu.


Contoh:
Kami akan pulang ke kampung pada hari ini atau esok

Sebagai contoh,video untuk tontonan anda..


         



i)Kata hubung pancangan relatif 
Perkataan yang 
-menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil.


Contoh:
 Kakak memujuk adik yang sedang menangis itu.


ii)Kata Hubung Pancangan Komplemen
Perkataan bahawa dan untuk
Menghubungkan klausa pelengkap kepada satu klausa utama.

Contoh:
Kami percaya bahawa dia tidak bersalah.




iii)Kata Hubung Pancangan Keterangan 
Menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan.
Semoga, ketika, sekiranya, sungguhpun, tatkala

Contoh:
Saya berdoa semoga para pelajar saya berjaya.


Sebagai contoh, video untuk tontonan anda..

                       


Kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.


Contoh
 

baik…mahupun

kian…kian

entah…entah

sedangkan…inikan pula

bukan sahaja…bahkan juga

sungguhpun…namun

makin…makin

bukan sahaja…tetapi juga

sungguhpun…tetapi

sama ada…atau

bagaimana…begitulah

daripada…lebih baik

jangankan…pun

semakin…semakin






i) Kata hubung berpasangan baik…mahupun’.
  *menyatakan maksud sama sahaja.


Ayat contoh:

1. Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak Ali
terpaksa turun ke laut juga baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan  laut bergelora






ii)Kata hubung berpasangan bukan sahaja…bahkan juga’.
*menyatakan maksud serta atau di samping itu juga.


Ayat contoh:

1. Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan juga berbudi bahasa.




iii)Kata hubung berpasangandaripada…lebih baik’.
*Digunakan untuk menunjukkan pertentangan maklumat.


Ayat contoh:
1.Daripada membazir wang lebih baik saya menabung. 


Sebagai contoh, video untuk tontonan anda..