Kata Prafrasa & Kata Pascafrasa

 .Kata prafasa meliputi:
a)kata bantu
b)kata penguat
c) kata penegas
d)kata nafi
e)kata pemeri
f)kata sendi nama

a)Kata bantu:

- Kata bantu meliputi kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
- Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu masa lampau, masa kini dan masa hadapan.
- Contoh: masa lampau (telah, sudah dan pernah), masa kini (sedang dan masih), masa hadapan (akan dan belum)
- Kata bantu ragam pula menyampaikan maksud ragam perasaan
- Contoh: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dan dapat



b)Kata Penguat 

- perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan maksudnya. paling, agak, terlalu, amat, sangat dan sungguh 
- contoh: 
i. Pelajar itu sungguh rajin 
ii. Karangan Anita agak baik 
iii.Roslina sangat gemarkan masakan ibunya.
iv.Azman terlalu rajin bekerja sehinggakan dia tidak sempat mmenjengah  
   keluarganya di kampung


c)Kata Penegas 


-sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian   
 tertentu dalam ayat. 
-terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: 


i.yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contoh kata
   penegas jenis ini ialah -kah, -tah dan -lah. 

ii.yang menegaskan kedua-dua 
   bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau sebahagiannya atau frasa 
   predikat atau bahagian-bahagiannya. 
iii.Contoh kata penegas jenis ini ialah juga, jua, pun, sahaja, lagi, hanya, dan  
   memang. 

Contoh:
i. Itulah ibu pejabat persatuan kami 
ii. Hanya Ali yang telah sampai ke rumah 

d)Kata Nafi 

- Hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud yang terkandung dalam frasa tersebut. 
- Terdapat dua kata nafi, iaitu tidak dan bukandengan peraturan tertentu tentang penggunaannya.

Contoh:
i.Amirul tidak sesekali akan mencuri barang i.
ii.Samsiah bukanlah seorang yang jelita seperti yang diheboh-hebohkan.



e) Kata Pemeri 
- unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
- terdapat dua jenis kata pemeri iaitu:
1. Ialah, yang hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya. Contoh:
   Projek yang baru dirasmikan itu ialah salah satu projek membasmi kemiskinan.

2. Adalah, yang hadir dihadapan predikat yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama. 
    Contoh:
a) Dengan predikat frasa sendi nama
i. Sumbangan yang terbesar adalah daripada penduduk-penduduk kampung 
    tersebut.

b) Dengan predikat frasa adjektif
ii. Cadangan para pelajar itu adalah sangat baik. 


f) Kata Sendi Nama 
- perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
- contoh:
   di, ke, daripada, kepada, dari, pada.
   bagi, demi, untuk, tentang, seperti. 
   umpama, sejak, terhadap, akan, oleh.
   hingga, untuk, antara, dengan, dalam. 

g) Kata Bilangan 
- sejumlah perkatan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama.
- contoh:
   dua, lima belas, semua, segala, ketiga-tiga, masing-masing, separuh.



Kata Pascafrasa


- hadir selepas perkataan dengan tugas-tugas tertentu. 
- terdapat dua subjenis kata pascafrasa, masing-masing ditandai dengan perkataan -nya, iaitu:
1. kata penekan - yang memberikan penegasan
    contoh: sesungguhnya, bahawasanya, nampaknya.
2. kata pembenda - yang menukar perkataan bukan kata nama menjadi kata   

    nama.
    contoh: lajunya, sakitnya dan datangnya.