Latih Tubi Kata Tugas

LATIHAN KATA HUBUNG/PENYAMBUNG AYAT

1) Setelah beberapa buah teksi yang ditahan tidak berhenti ................ dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja ke bandar.

a) dan
b) lantas
c) manakala
d) bagaimanapun

2) Pameran pertanian itu akan dilanjutkan tempohnya .......... mendapat sambutan yang menggalakkan   daripada penduduk.

a) jika
b) hingga
c) ketika
d) sementara

3) Mora masih belum pulang ...... hari sudah lewat senja.

a) walau bagaimanapun
b) meskipun
c) setelah pun
d) jikalaupun

4) Perkhimatan pergigian telah lama wujud di sekolah ................... ada segelintir ibu bapa tidak membenarkan anak mereka diberi rawatan.

a) jadi
b) oleh itu
c) dengan demikian
d) walau bagaimanapun

5) Pilih ayat yang menggunakan kata hubung yang salah.

a) Nenek ke pasar membeli ikan dan kerang
b) Awak hendak beli baju ini atau baju itu?
c) Ibu berbual-bual selagi ayah membuat kerjanya
d) Emak terkejut apabila mendengar cerita dari say

Isikan tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai.

1.Dia bersiap-siap lebih awal ……………………. tidak lewat tiba di sekolah.

2.Encik Raihan memandu keretanya setiap hari ……………………. pejabatnya hanya dua meter dari rumahnya. 

3.Jalil didenda oleh pengetua ……………………. berkelahi dengan Osman.

4.Askar itu telah dinaikkan pangkat …………………….. berani menentang musuh. 

5.Bolehkan saya meminjam buku anda …………………….. anda tidak keberatan ? 

6.…………………ayahnya telah meninggal dunia lima tahun lalu, Azman masih terbayang-bayang akan wajahnya. 

7.……………………anda hendak berjaya dalam peperiksaan, ulang kajilah pelajaran anda setiap hari. 

8.Penyanyi kesayangan ramai itu ditahan pihak polis …………………….. disyaki mengedar dadah. 

9.Dia tetap merayu minta dikasihani …………………….. dia tahu usahanya itu sia-sia belaka. 

10. Mereka akan meneruskan projek itu seperti yang telah dirancangkan
    ………………….belum diluluskan pihak pengurusan.


LATIHAN KATA PRAFRASA DAN PASCAFRASA 

1. Berikan dua contoh kata penguat. 

2. Kata pemeri menggunakan frasa..............dan....................

3.Berikan contoh kata penekan. 

4. Kata pascafrasa masing-masing ditandai dengan perkataan...............