Kata Penyambung Ayat

Kata Penyambung Ayat


a)Kata penyambung ayat ialah kata hubung-iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis.

b)Kata penyambung ayat terbahagi kepada dua iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
c)Berikut adalah beberapa contoh kata hubung gabungan:
            dan,atau,tetapi,sambil,lalu,kemudian,serta.


dan/serta-digunakan untuk menggabungkan dua ayat yang sama maksud.
contoh ayat:
i.Alisa dan Anita merupakan mangsa yang terlibat dalam kes penculikan tersebut.
ii.Wanita itu memeluk anaknya serta membelai rambutnya.


atau-digunakan untuk menunjukkan dua perkara yang berbeza.
contoh ayat:Mereka mungkin akan ke Johor atau Melaka.


tetapi-digunakan untuk menunjukkan perbezaan dalam dua ayat yang berlainan maksud.
contoh ayat:Ahmad lulus ujian itu,tetapi adiknya gagal.


sambil-digunakan untuk menunjukkan perlakuan yang dilalukan secara serentak.
contoh ayat:Adila berkata-kata sambil merenung wajah temannya.


lalu/kemudian-digunakan untuk menunjukkan perlakuan yang dilakukan secara berurutan.
contoh ayat:
i.Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi.
ii.Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkan ke dalam tong sampah.




Sila hayati video ini. :)




Untuk keterangan lebih lanjut,sila KLIK sini.